Activities

DATE / TIME   ACTIVITIES
31 Ogos 2016
4.45pm – 6.30pm

Live Stage Dewan Pameran MINES 

 

 

 

HalfestxMYSC Suara Merdeka (FINALE)

Bagi memupuk semangat kemerdekaan di kalangan masyarakat, petandingan nyanyian Suara Merdeka dianjurkan  bermula 1 – 21 Ogos secara online menerusi aplikasi SMULE dengan kerjasama HALFEST dan Malaysian SMULE Community. SMULE merupakan aplikasi mobil popular yang menghubungkan orang ramai melalui muzik. Dua kategori akan dipertandingkan iaitu Solo dan Duet dimana pertandingan akhir akan dianjurkan pada 31 Ogos di Halfest

31 Ogos 2016 dan 2 – 4 Sept 2016

Live Stage Dewan Pameran MINES 

 

 

 

HALFEST WOKshop Bersama Chef Wan

Pengunjung berpeluang berjumpa dengan selebriti chef, Datuk Redzuawan Ismail atau lebih dikenali sebagai Chef Wan, yang akan membuat demonstrasi masakan bersama Hadramawt Chef semasa HALFEST 2016. Chef Wan akan menghiburkan para pengunjung dengan lawak jenakanya yang mencuit hati sambil mempersembahkan masakan-masakan istimewa dan berkongsi tip-tip masakan yang sudah tentunya akan memberikan suatu pengalaman yang menarik kepada para pengunjung.

31 Ogos 2016, Rabu
1.45pm – 2.30pm
3.45pm – 4.30pm

2 Sept 2016, Jumaat
11.45am – 12.30pm
3.45pm – 4.30pm

3 Sept 2016, Sabtu
1.45pm – 2.30pm
3.45pm – 4.30pm

4 Sept 2016, Ahad
1.45pm – 2.30pm
3.45pm – 4.30pm

31 Ogos – 3 Sept. 2016  

Krazy Korner Dewan  Pameran MINES

 

BARISTA GUILD ASIA

Barista Guild, professional kopi yang komited untuk menghasilkan pengalaman minum kopi yang menyeronokkan untuk semua, akan membuat demonstrasi membuat kopi istimewa dan acara pertandingan membuat kopi antara suami isteri semasa HALFEST 2016.

31 Ogos, Rabu
2.45pm – 3.30pm – Pertandingan Coffee Art bersama Pasangan.

1 September 2016, Khamis
2.45pm – 4.30pm – Workshop bersama Penggemar Kopi

3 September 2016, Sabtu
1.45pm – 4.30pm – Flavour Genius and Mixology Workshop anjuran Barista Guild Asia dan DaVinci.

31 Ogos, Rabu
12.45pm- 1.30pm

1 Sept. 2016, Khamis
1.45 pm – 2.30 pm

3 Sept 2016, Sabtu
12.45pm – 1.30pm

4 Sept 2016, Ahad
11.45pm – 2.30pm

Live Stage Dewan Pameran MINES

  Demonstrasi oleh IKITCH Penaja Program WokShop bersama Chef Wan
31 Ogos – 4 September

Krazy Korner Dewan Pameran MINES
 

Demonstrasi oleh Kitchen Kingdom, Penaja Krazy Korner

Kitchen Kingdom, pengeluar santan kelapa sawit yang terkemuka di Malaysia, akan mengadakan demonstrasi masakan, pertandingan, kuiz dan ceramah untuk pengunjung HALFEST 2016.

31 Ogos , Rabu
12.45pm – 1.30pm – Demonstrasi Masakan
1.45pm – 2.30pm  – Kuiz, Pertandingan dan Permainan

1 Sept 2016, Khamis
11.45am – 12.30pm – Sesi taklimat
12.45pm – 1.30pm – Pelancaran Produk
5.45pm – 6.30pm – Demonstrasi Masakan oleh Chef Ismail

2 Sept 2016, Jumaat
2.45pm – 3.30pm  – Demonstrasi Masakan oleh Chef Ismail
5.45pm – 6.30pm– Kuiz, Pertandingan dan Permainan

3 Sept 2016, Sabtu
11.45am – 12.30pm – Demonstrasi Masakan

4 Sept 2016, Ahad
11.45am – 2.30pm – Demonstrasi Masakan
12.45pm – 1.30pm – Kuiz, Pertandingan dan Permainan

31 Ogos, 1 Sept &  3 Sept

Dewan Pameran MINES

  HALFESTxMYSC Buzzkers
1 September 2016 
11am

Dewan Cemerlang, Level 2 Pusat Pameran MINES

 

Perasmian HALFEST 2016

Halal Fiesta Malaysia (HALFEST) akan membuka tirainya secara rasmi pada 31 Ogos. Majlis Perasmian akan dianjurkan pada 1 September dengan kehadiran dif- dif kehormat. Sidang akhbar serta lawatan ke ruang pameran akan turut dianjurkan.

2 September 2016
4.45pm

Pavilion World of Bazaar Dewan Pameran MINES

 

Pelancaran World of Bazaar dan Malaysia Food Truck Team

Budaya trak makanan semakin popular di Malaysia terutamanya di Kuala Lumpur. Kepada sesiapa yang suka menonton Asian Food Channel di Astro, mesti sudah biasa dengar tentang budaya trak makanan ini. Ramai yang menggemari makanan yang mudah, cepat dan paling penting boleh dapat di mana-mana sahaja. HALFEST 2016 membawakan pelbagai trak makanan di bawah satu bumbung untuk para pengunjung menjamu selera.  Ada yang menjual burger bakar, minuman berjus, makanan barat dan pelbagai lagi yang mana keunikannya tidak ada di kedai makanan biasa. Konsep Food Truck di HALFEST 2016 sudah pastinya akan memberi ketenangan kepada para pengunjung yang boleh bersantai sambil menikmati makanan yang dijual dengan gaya chic setelah penat membeli belah.

World of Bazaar dan Food Truck Malaysia akan dirasmikan oleh Menteri Kewangan Kedua YB Datuk Haji Johari Abd Ghani pada 2hb September 2016 dan upacara ini akan diserikan lagi dengan persembahan artis Dr. Katalina.

2  & 3 September 2016 2.45pm – 3.30pm

Live Stage
Dewan Pameran MINES

 

Demonstasi Peserta HALFEST

(i) Demo Hiasan Kek oleh Chef Aida
Demo Hiasan Kek “Camelia Red Velvet” dan “Camelia Green Velvet” oleh Chef Aida dibawakan khas oleh Bagus Marketing, pembekal bahan dan kelengkapan bakeri terkemuka di Malaysia. Chef Aida akan menggunakan fondant berwarna untuk menghiasi dua jenis kek yang popular ini

Tarikh : 2 September , Jumaat
Masa: 2.45pm – 3.30pm

(ii) Hiasan Cupcakes Kanak-Kanak
Satu lagi aktiviti menarik yang dibawakan khas oleh Bagus Marketing untuk adik-adik kita yang gemar membuat dan makan cupcakes ialah “Hiasan Cupcakes Kanak-Kanak”. Seramai 10 orang kanak-kanak akan bertanding di acara ini untuk menghiasi cupcakes mereka dengan 3 warna butter cream dan bahan-bahan hiasan yang berlainan.

Tarikh : 3 September , Sabtu
Masa: 2.45pm – 3.30pm

(iii) Demonstrasi Nachos

 

Tarikh : 3 September , Sabtu
Masa: 12.45pm – 1.30pm
Tempat : Krazy Korner, Dewan Pameran  MINES.

3 dan 4 September (Sabtu dan Ahad)

6.45pm – 7.30pm

Krazy Korner Dewan  Pameran MINES

 

Sejenak Bersama Ustaz Akhil Hayy

 

Slot ini merupakan pengisian rohaniah bersama Ustaz Akhil Hayy yang meliputi tazkirah dan sesi soal jawab bersama penonton yang dapat merungkai pelbagai persoalan .

 

3 dan 4 September (Sabtu dan Ahad)

Krazy Korner Dewan  Pameran MINES

 

Makan King

Acara “Makan King” adalah satu aktiviti menarik semasa HALFEST 2016 yang akan memberikan anda peluang untuk mencabar diri anda untuk makan sebanyak mana yang anda boleh untuk memenangi gelaran “Maharaja Makan HALFEST 2016”.

Antara Pertandingan Makan King yang dibawakan khas oleh rakan-rakan penaja “Maharaja Makan HALFEST 2016” adalah seperti berikut:

(i) Blindfolded Nachos Eating Competition
Dibawakan khas oleh Nachos, dalam acara ini, mata pesaing akan ditutup sambil mereka mencabar diri untuk makan sebanyak mana Nachos yang mereka mampu untuk meraih gelaran “Maharaja Makan HALFEST 2016”.

Tarikh : 3 September , Sabtu
Masa: 4.45pm – 5.30pm

Tarikh : 4 September , Ahad
Masa: 2.45pm – 3.30pm

(ii) Cabaran Makan Sambal PCJ
Pisang cheese merupakan salah satu snek kegemaran orang ramai. Namun, untuk mempamerkan kelainan pada kali ini, Pisang Cheese Jakarta (PCJ) menganjurkan pertandingan makan sambal PCJ ! Cabaran ini dibahagikan kepada dua sesi, sesi pertama untuk peserta perempuan dan sesi kedua untuk peserta lelaki, di mana seramai 6 orang dari kumpulan penonton akan diajak menyertai pertandingan ini.  Setiap peserta akan diberikan 5 mangkuk sambal PCJ yang sangat pedas beserta pisang penyet. Peserta yang paling cepat dan banyak habiskan sambal akan dikira sebagai pemenang.

Tarikh : 3 September , Sabtu
Masa: 5.45pm – 6.30pm

Tarikh : 4 September , Ahad
Masa: 4.45pm – 5.30pm

(iii) Bagus Marketing’s Cup Cakes Eating Challenge
Bagi mereka yang gemar makan cupcakes, ini sudah tentunya acara yang sesuai untuk anda. Dibawakan khas oleh Bagus Marketing, anda berpeluang makan sebanyak mana cupcakes yang anda boleh untuk memenangi gelaran “Maharaja Makan HALFEST 2016”.

Tarikh : 4 September , Ahad
Masa: 1.45pm – 2.30pm

3 Sept 2016, Sabtu
4.45pm – 6.30pm

4 Sept 2016, Ahad
1.45pm -3.30pm

Live Stage Dewan  Pameran MINES

 

  Warna-Warni HALFEST oleh CCM
Acara Warna-Warni HALFEST ini dibawakan khas oleh CCM untuk kanak-kanak yang mengunjungi HALFEST. Biasanya, kanak-kanak akan berasa bosan apabila ibubapa sibuk membeli-belah. Oleh itu, untuk hiburan adik-adik kita, CCM akan menganjurkan pertandingan mewarna HALFEST 2016 yang sudah tentunya menarik dan menyeronokkan.
4 Sept 2016, Ahad
1.45pm – 5.30pm

Live Stage Dewan  Pameran MINES

 

  HALFESTxMYSC Pencarian Harta Karun
Pertandingan berkumpulan bercorak ‘Amazing Race’ ini bakal menyaksikan aktiviti-aktiviti berikut 

 

  1. Boomerang
  2. Sesi Bergambar secara Berkumpulan
  3. Nyanyian Berkumpulan
  4. Pencarian Harta Karun

4 Sept 2016, Ahad
1.45pm -4.30pm – Pencarian Harta Karun
4.45pm – 5.30pm – Pengumuman Pemenang

4 Sept 2016, Ahad
2.45pm –3.30pm
5.45pm –6.30pm

Krazy Korner Dewan  Pameran MINES

 

  HALFESTxMYSC SHOWCASE